Google
 

Nov 12, 2007

Lirik : The Only Way : Islam

Jalan Yang Satu
By Diwani (Album: Jalan Yang Satu)

Dengarkan suara azan mendayu-dayu
Memanggil ke jalan yang satu
Insan yang terleka dengan arus dunia
Segera kembali padaNya

Tiada sudahnya dunia yang dicari
Indahnya tiada abadi
Penghujung usia kita pasti ke sana
Akhirat yang pasti kekal selamanya

Pandanglah renunglah alam luas terbentang
Insaflah semua empunya Tuhan
Kuasa menjadi pentadbir dunia ini
Dialah Kekasih yang sejati
Manusia perlukan petunjuk dan panduan
Di dunia yang penuh cabaran

Tiada yang pasti haluannya sendiri
Semua ketentuan Ilahi
Ayuh bangunlah dari lena mu
Takkan kembali masa berlalu
Dia Pengasih Dia Penyayang
Pulang segera kembali kepada Tuhan
Allah 14X